Terpanggil nak kongsi pengalaman sendiri, yg dah hampir 3 tahun pencen ni..hihi
Ramai ibu-ibu yang mengimpikan duduk rumah, jaga anak & pada masa yang sama, buat duit/jana pendapatan bantu suami. Zaman-zaman GST, harga barang kebanyakkan naik ni kan ;)
Sebenarnya, banyak kerja yang boleh buat dari rumah. Jadi penterjemah@translator, jadi graphic designer or web/social media account manager bagi yang pakar IT, jurutaip, freelance dalam bidang anda sekarang..tak semestinya berniaga online sahaja. Agensi kerajaan macam PSMB turut membantu para surirumah meningkatkan kemahiran kita melalui program HEARTS.
Bagi yang nak bisnes online, nak jadi bos sendiri..mula dari sekarang, secara part-time dulu..kita nak masuk pasaran ambik masa, bagi orang kenal kita. Tetapkan 2jam sehari ke, uruskan bisnes anda terutamanya untuk marketing purpose. Jangan malas timba ilmu bisnes sebabnya kita bukan setakat, "siapa nak beli pm saya". Ada seni-seni yang perlu kita pelajari untuk memudah & melancarkan bisnes kita. Income bisnes dua kali ganda gaji, dipersilakan resign dengan senyuman.
Oh ya, bagi yang nak start bisnes tapi ada kekangan modal, boleh dapatkan pembiayaan dari agensi kerajaan TEKUN NASIONAL. Tak tahu nak bisnes apa & siapa boleh guide, jangan segan silu nyatakan hasrat anda pada min. In shaa Allah akan membantu sebaik mungkin.
Your Trusted Partners,
Jasmin Johan
018 213 4705
jasmin.johan@gmail.com