Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)
Bagi yang ingin memulakan perniagaan secara online, ada tak agensi kerajaan yang boleh membantu?
Selalunya, untuk online bisnes kita tiada kos tetap @ fixed asset dan lain-lain, hanya perlu untuk pusingan modal barangan/produk. Pinjaman bawah RM5000 sangat mencukupi & syaratnya tidak terlalu ketat. Tidak memerlukan pendaftaran syarikat SSM pun! Nak prepare 'kertas kerja' pun mudah, hanya kos barangan kita sahaja.
Istimewanya Tekun Nasional ini, bayaran balik bulanan yang rendah berbanding bank-bank di luar sana. Tidaklah membebankan bagi kita usahawan online yang baru nak bermula ini. Tapi jangan ambik kesempatan, nak guna duit pinjaman buat benda lain. Pihak pegawai Tekun akan datang ke rumah/premis kita utk check. Mereka pun mengadakan kursus asas keusahawanan yang sedikit sebanyak membantu perjalanan bisnes kita nanti.
Boleh dapatkan borang & sebarang pertanyaan rujuk pejabat Tekun mengikut kawasan parlimen masing-masing. Kalau tak sure, refer saja website mereka http://www.tekun.gov.my/
Semoga dapat membantu anda :)
Jasmin Johan
018 213 4705
jasmin.johan@gmail.com