2 April 2015.
Hari ke-2 GST dilaksanakan.
Rasanya masih ramai yg kurang jelas, baik pengguna atau peniaga.
Tak kurang ada yang ambik kesempatan, dan yang paling rasa tertekan dan merungut-rungut rakyat biasa yg sebagai end user.
Saya suka nasihat dari sifu bisnes saya ini, Dr. Azizan Osman dalam menghadapi GST sekarang;
1/ Sudah masanya anda lebih teliti dalam perbelanjaan
harian anda apatah lagi jika anda bergaji tetap, kerana ia akan terus
tetap walaupun kos sara hidup tidak tetap. Memang kita marah jika
kerajaan boros atau tidak uruskan kewangan serta tidak gunakan duit
cukai yang saya bayar dengan baik tetapi kita sendiri yang uruskan
kewangan keluarga kita pun perlu uruskan dengan baik.
2/ Nak cakap ni nanti ada yang marah. Hentikan bakar duit (Contohnya beli rokok) apatah lagi
jika ia merosakkan kesihatan. Kos merawat kesihatan pun tidak murah.
Saya pernah terbaca di satu papan tanda di Jakarta, dia tulis, jika anda
miskin, anda jangan jatuh sakit sebab kos merawat kesihatan itu tidak
murah. Tak kisahlah anda ada medical card takaful ke tidak sebab bila
dah sakit teruk nanti anda tetap akan tafakur walau ada takaful.
3/ Pilih nak belanja di mana bandingkan harga jika ianya dapat
menjimatkan kos anda kerana memang ada peniaga yang menaikkan harga yang
banyak dan mereka tidak berdaftar pun untuk bayar cukai GST, macam
hawaw kata orang Melaka.
4/ Makan di rumah dan bawa bekal. Ya,
masak dan makan dirumah sepatutnya lebih kos efektif dan sepatutnya
sihat unless anda makan mee segera yang akn memutuskan urat perut anda
atau gugurkan rambut anda.
5/ Tingkatkan pergantungan kepada
Allah swt serta belajorlah berniaga dengan modal yang rendah atau
belajar membina kewangan. Berniaga itu mudah. Ramai anak didik saya
berniaga secara online atau jadi ejen dan buat RM20,000-RM50,000
sebulan.
6/ Jangan tambah hutang yang tidak mendatangkan hasil.
Contoh hutang beli kereta sekadar nak nampak ada kereta baru, ia tidak
mendatangkan hasil. Baik belajar melabur dalam hartanah walaupun saiz
kecil.
Banyak nasihat-nasihat berguna beliau kita dapat kalau rajin baca di blog beliau sama ada berkaitan bisnes dan kehidupan, atau kalau malas sedikit..like je fanpage Doc, ok? ;)
Must have book! |
Jasmin Johan
018 213 4705
jasmin.johan@gmail.com