Salam Semua :)
Tak sampai seminggu lagi puasa utk 2015 ini. Topik Malaysia Hari Ini MHI sangat menarik, mengupas topik pecutan menuju ramadhan.
Semua tahu, bulan penuh berkah..peluang mendapat keampunan Allah.
Apa persediaan menjelang tibanya bulan mulia ini?
BERTAUBAT
Agak rasa malu bila penceramah, pegawai khas JAKIM tu kata Rasulullah bertaubat 100kali sehari
TIMBA ILMU
Untuk ramadhan yg lebih sempurna, kena ada pengetahuan. Bukan setakat puasa, terawih, zakat, malam lailatul qadar. JAKIM ada keluarkan buku khas berkaitan puasa yg boleh menjadi panduan kita. Sempat lagi nak baca ni :)
Boleh download ebook secara percuma;
http://www.islam.gov.my/node/42264
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik, sempurna & menjadikan kita hambaNya yg bertakwa.
Jasmin Johan
018 213 4705