Amat membuka minda membaca artikel Dr Azizan mengenai krisis ekonomi 2015 ini.
Terselamatkah kita? atau makin teruk?
Apa perlu dibuat?
Kita yg masih berkerja akan dibuang?
Baca artikel penuh beliau;
Saya baru selesai sesi berkongsi ilmu dan pengalaman bersama lebih 600 usahawan
dan bakal usahawan serta jutawan selama 4 hari termasuk sesi group coaching
hari ini di Setia City Convention Center untuk program intensif pemasaran saya
#millionairemarketingmastery.
Pelbagai persoalan tentang perniagaan dan pemasaran diutarakan kepada saya
tetapi ada satu soalan ini yang agak "hot" ialah tentang pandangan
saya mengenai keadaan ekonomi sekarang dan persediaan yang perlu dibuat.
Ada beberapa isu yang perlu kita lihat di sebalik beberapa dimensi ataupun
perspektif.
Secara keseluruhan, sentimen peniaga dan pengguna adalah agak berhati-hati dan
beberapa feedback dari rakan-rakan peniaga Cina yang saya kenali menyebut
tentang sedikit penurunan jualan mereka akhir-akhir ini terutamanya di dalam
bahan mentah untuk pembinaan dan permintaan hartanah juga agak lembap.
Pengaruh penurunan peluang bekalan dan kontrak kerajaan serta swasta juga agak
jelas berlaku mungkin disebabkan kerajaan mengambil langkah berhati-hati di
dalam perbelanjaan dan bajet.
Di dalam senyap atau nyata, beberapa buah syarikat "besar" ada yang
telah atau sedang mengatur program-program VSS (Volunteer Separate Scheme) atau
apa sahaja terma yang digunakan untuk mengurangkan kos dan ini mungkin langkah
biasa bagi syarikat korporat tetapi saya lihat ia sebagai langkah untuk
persediaan untuk mengurangkan kos operasi syarikat.
Dengan kos import yang masih lagi tinggi disebabkan kadar tukaran mata wang
asing Amerika masih lagi tinggi serta harga minyak yang masih rendah
dibandingkan beberapa tahun kebelakangan ini, anda jangan rasa pelik jika
mendengar lebih banyak berita mengenai aktiviti "down-sizing"
syarikat-syarikat GLC atau korporat untuk beberapa tahun ini bermula tahun ini.
Walau bagaimanapun, saya lihat industri pemakanan halal mempunyai peluang yang
sangat besar apatah lagi jika ia dipelopori oleh orang Islam, begitu juga
produk yang melibatkan pertanian, produk konsumer dan harga yang rendah akan
mudah menjadi pilihan untuk keadaan ekonomi yang lembap ini.
Bank pasti akan dinasihatkan oleh Bank Negara untuk lebih ketat di dalam polisi
memberikan pinjaman dan ini juga bakal menjadi salah satu faktor yang sedikit
sebanyak akan mengganggu kadar pertumbuhan ekonomi negara.
Jujur saya katakan, pemimpin Malaysia memerlukan lebih daripada sekadar
perhimpunan untuk melakukan transformasi serta menyokong pembangunan ekonomi
terutamanya di kalangan bumiputera. Suka saya tekankan lagi sekali sepertimana
saya sebutkan sebelum ini bahawa memberikan pinjaman oleh agensi kerajaan
kepada usahawan tanpa latihan dan bimbingan yang "proven success
result" hanyalah satu pembaziran sumber yang ada walaupun ia dilihat
sebagai usaha serta inisiatif yang bagus.
Bangsa Cina tidak berhimpun untuk menunjukkan mereka menguasai ekonomi tetapi
mereka menyebarkan ilmu dan pengalaman di kalangan generasi mereka untuk
berniaga dan menguasai perniagaan. Ini telah dilakukan generasi demi generasi
dan ia semakin kukuh berkembang tanpa subsidi dan bantuan kerajaan.
Nasihat saya kepada anda yang masih bekerja di luar sana, jaga pekerjaan anda
ketat-ketat tetapi pada masa yang sama buatlah persediaan untuk berniaga kerana
walaupun keadaan ekonomi dilihat akan mengalami sedikit kelembapan, tetapi
peluang berniaga itu masih banyak kerana walau bagaimanapun, di mana ada
manusia, di situ tetap ada masalah dan di mana ada masalah, maka di situ ada
peluang dan ruang untuk kita membantu dengan produk atau perkhidmatan yang
sesuai. Jangan berniaga jika tidak ada ilmu kerana peluang anda untuk berjaya
itu agak lambat malah agak berisiko tinggi.
Biar apapun keadaan ekonomi di luar sana, apa yang penting adalah kita
menguasai keadaan ekonomi diri kita sendiri. Kita mengawal perbelanjaan kita
sendiri serta segera belajar membina pendapatan yang lebih tinggi. Jangan
terlalu bergantung dan berharap kepada kerajaan atau orang lain.
Di dalam kepayahan pasti ada kesenangan Insya-Allah. Dan peluang biasanya hanya
akan dilihat oleh mereka yang tahu dan berilmu.
Dr Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia
www.AzizanOsman.com
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia
www.AzizanOsman.com
Masih ada sektor yg masih boleh berkembang dalam kelembapan ekonomi ini. Sektor pemakanan halal, pertanian, produk konsumer & barangan harga rendah. Di mana ada manusia, di situ ada masalah & di situ juga ada peluang. Paling penting, lengkapkan diri dengan ILMU!
Jasmin Johan
018 213 4705
jasmin.johan@gmail.com