Assalamualaikum & Hi All!
Last December, min berkesempatan bersemuka (mcm nak bergaduh je bunyi nye..hehe) dengan Felixia Yeap. Peluang datang bila Green Leaders Academy Malaysia, GLAM mengadakan program Pretty Women dan menjemput beliau sebagai special guest hari tersebut.
Beliau menceritakan detik penghijrahan beliau, bermula dengan permintaan utk mengenakan hijab ketika shooting. Beliau rasa diri beliau cantik mengenakan hijab..(bab perasan diri sendiri cantik mesti ada..hehehe)..Felixia Yeap atau nama manja beliau Rara ada menceritakan, masa zaman lampau beliau..orang ambik kesempatan nak pegang-pegang..sangat tak selesa katanya..Now after cover aurat, sangat terjaga Rara kata :)
Beliau berkerja keras untuk menyara ibunya..Hasil titik peluh beliau 9 tahun berkerja, beliau upah diri dengan Hermes pink tu. Beliau kata, bukan terus beli, kena simpan duit setiap bulan. Min ada tanya secara personal pada beliau, inspirasi berfesyen muslimah dapat dari mana? Rara just try & error. Suka tampil gaya tersendiri. Rara ada share jugak macam mana nak branding diri sendiri di social media. First through blog, share benda yg bermanfaat pada semua. Untuk latest trend, Instagram gambar memang main peranan sangat-sangat :)
Hari yg bermakna dapat mengenali Rara dengan lebih mendalam. Moga ada rezeki dapat tea bersama pulak ke selepas ini ;)
Jasmin Johan
018 213 4705
jasmin.johan@gmail.com