Wednesday, May 14, 2014

CARA ORANG KAYA BERJAYA URUS MASA

Salam semua :)

Macam mana orang yang berjaya, jutawan uruskan masa mereka ek? 24 jam sama dah dengan kita tapi cukup je untuk urus banyak benda.

Seminggu yang lepas min dapat email dari my mentor DAO, katanya ada majalah online terbaru keluaran Richworks. AOtribe. Dalam majalah ni ada menyatakan cara untuk uruskan masa ala jutawan. Apa yang min dapat simpulkan;

D.O.I.T.N.O.W

Divide - kita bahagikan task kita, supaya lebih focus

Organise - pastikan yang penting & urgent kita laksanakan terlebih dahulu

Ignore - mana-mana yang boleh melekakan kita, sila abaikan!

Take time - task-task yang perlukan pembacaan, pemahaman lanjut..silalah buat kajian terlebih dahulu. Kalau main hentam kromo, lagi tak jadi apa. Bazir masa je...

Now - jangan tanguh-tanguh dah..nilah penyakit antara kita..

Opportunity - kadang-kadang kita plan waktu ni, tapi ada pulak halangan..so bila-bila masa ada peluang, terus grab..sama jugak kalau dapatkan siap task awal, masa yang ada cuba sambung kerja seterusnya

Watch out time - jaga masa, ikut timing

Bagi mumpreneurs macam min, benda ni sangat-sangat dititik beratkan..susun betul-betul masa untuk anak, buat kerja rumah & bisnes. Bagi kita muslim, paling simple nak train dengan solat di awal waktu :)

Semoga dapat membantu!

Jasmin Johan
018 213 4705
jasmin.johan@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...