Min bukanlah pakar nak bercakap dalam bidang ni, usia perkahwinan pun baru nak jejak 3 tahun tapi min suka petik nasihat-nasihat dari Majalah Solusi isu 29, Mencipta Syurga Rumah Tangga sebagai panduan kita bersama.
Punca konflik, ego. Tak kiralah si suami atau isteri, berasa diri sangat besar tapi jika kita merasa Allah yang Maha Besar rasa ego ini dengan sendirinya akan terlawan. Malah sifat-sifat mazmumah lain turut minimum kerana kita tahu dan sedar kita inginkan redha Allah, bukan manusia.
Pasangan yang bernikah atas dasar aqidah mampu berdepan apa jua cabaran rumahtangga, bukan tidak berkrisis tapi krisis itu mudah didamaikan. Kesatuan hati mudah dibina apabila meletakkan Allah sebagai kuasa pengatur dalam apa jua aktiviti dan perancangan rumahtangga.
Dengan nama Allah kita bertemu, kepada-Nya jualah kita merujuk segala permasalahan yang datang dengan berusaha mengatasi mengikut kaedah dan jalan yang telah ditetapkan oleh syariat-Nya. Sikap menyalahkan orang lain tidak akan berlaku jika kita menilai kelemahan diri sebelum menuding kepada orang lain.
Wallualam.
Jasmin Johan
018 213 4705