Sunday, March 16, 2014

BUAT SIKIT DAPAT BANYAK

Salam semua :)

Alhamdulillah, min bersyukur di beri peluang utk menghadiri Intensive Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) Dr Azizan Osman pada 13/3-16/3 baru-baru ini. Benda paling power min belajar adalah bagaimana nak buat sikit, tapi dapat banyak. Siapa tak teruja kan? :)

Bagi kita sebagai orang muslim, siapa yg beri kita rezeki? kurniakan kita kaki tangan, mata kita?
Allah! Semua orang tahu tapi tak semua orang yakin sepenuhnya pada-Nya

Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya.

Bagaimana kita ambik hati boss kita, sepatutnya lagi banyak usaha kita ambik hati cable kuat kita dalam rezeki ini iaitu Allah yang Maha Pemberi. Kita kurang bersyukur. Yup, selalu complaint je. Jalan jam, trafik lite merah, bos fussy dan banyak lagi tapi kita jarang lihat apa perkara best yg dah berlaku dalam hidup kita & kita masih ada. kan?

Satu benda simple tapi memberi impact yg besar, magnet rezeki yang kuat adalah senyum. Senyum ni menyebabkan sel-sel di otak kita berhubung & mempunyai rantaian yg kuat. Seterusnya akan menghasilkan gelombang atau aura yang boleh menarik benda positive di sekeliling. Secara ringkasnya macam ni lah :)

Mak suruh pergi kedai, tapi kita malas. Adik yang rajin, dia pun pergi. Agak-agak mak bagi upah pada siapa? Of course yang rajin pergi kedai tadi. Samalah jugak konsepnya, siapa yang ikut suruhan Allah, sure Allah akan sayang lebih & bagi upah atau apa yang kita nak. Solat 5 waktu, solat dhuha, solat Tahajjud, dan kalau kita tak mintak, macam mana Allah nak bagi. kan? so rajin-rajin berdoa & bersungguh-sungguh.

Secara kesimpulannya, untuk mempunyai minda & jiwa yang bersih, antara tindakan yang patut kita buat adalah:

Istighfar 100x
selawat 1000x
solat sunat tahajjud
solat sunat sebelum fajar
solat sunat dhuha 4 rakaat
mandi air garam bukit utk membersih & meningkatkan aura, meyerap energy negative
(maklumat lanjut boleh dapati di sini)

Jom sama-sama buat!
Semoga Allah mengampunkan kita, memberkati & melimpahkan rezeki pada kita semua :)

before & after: ada peningkatan. syukur :)

Love, 
Jasmin Johan
018 213 4705

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...