Thursday, March 20, 2014

7 RAHSIA BISNES DENGAN BLOG

Salam semua :)

Kenapa perlu blog sebagai marketing tool sedangkan ada berlambak social media di luar? Min telah kongsikan di post yang terdahulu dan ingin min highlightkan sekali lagi

DON'T BUILD A HOUSE IN A RENTED LAND!

Kita boleh pasarkan sesuatu produk dengan bagus melalui blog. Kita boleh share info yang mencukupi di sini. Menurut pakar pemasaran internet, Irfan Khairi social media seperti personal account facebook contohnya adalah lebih kepada membina hubungan sahaja. Membina kepercayaan pelanggan.

Bagaimana untuk mempunyai reader yang ramai dan seterusnya menukarkan pembaca menjadi pembeli?

1. Volume - Oh ya, google sukakan fresh content. Semakin rajin kita update, semakin tinggi chances untuk blog kita diketahui ramai pembaca :)

2. Create A List & Start A Draft - Kalau takutkan kekeringan idea, masa tengah fresh & mencanak-canak idea benda nak di tulis..masa tu siapkan list & draft. Jangan nak update hari ini, masa nak tekan keyboard tu lah fikir apa nak dikongsi. Memang kurang umphh la ;)

3. Answer - Content yang paling bagus adalah kita menyediakan jawapan bagi peng'google'. Senang kita berfikiran sebagai future customer. Contoh, Marine Essence Beauty Bar ke Sabun Cerah Ketiak yang orang akan google banyak? Kadang orang tak ingat pun jenama sabun tu ;)

4. Keep It Simple - Don't try to solve anything in 1 single post!

5. Focus & Consistentcy - Ini paling penting. Lebih bagus dalam satu blog tu kita highlight kelebihan atau satu produk kita. Kita akan nampak lebih pro dan orang pun akan lebih clear, tak confuse apa dia buat/jual. Dan consistent! Tiap-tiap hari update bagi yang baru-baru tu & jangan biarkan blog bersawang :)

6. Social Media - Hebahkan keberadaan blog kita di facebook, pinterest, instagram dan lain-lain social media. Macam blogspot ni berkait rapat dengan google, so ambik hati depa sket. Bukak akaun google+ and link kan di situ ;)

7. Email - Yang ni ramai blogger terlepas pandang kepentingan punya email list reader/future customer. Sebenarnya email list ni untuk bagi mereka sentiasa mengikuti update kita. Lagipun, kalau guna fbads, boleh setting guna email list ini :)

Ok. Semoga bermanfaat.
Fast Action, Fast Result!

Love,
Jasmin Johan
018 213 4705
Your Mumpreneur Trainer  ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...