Monday, December 31, 2012

Gajet & Si Kecil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Today, 01.01.2013
Makin menginjak tahun, makin macam-macam teknologi canggih yang terhasil
Tak terkejar! 
Baru beli tab, dah ada ipad mini pulak..
Baru nak ada iphone 4, iphone5 dah keluar


Apa kesan gajet-gajet  ni pada bayi, anak kecil?
Bagus ke tak bagus?

Formula 4 X 2

2 tahun ke atas - Kajian menunjukkan anak yg berusia 2 tahun ke bawah tidak sesuai didedahkan kepada tv & computer, sebab tidak membantu untuk meransang perkembangan minda mereka

2 jam sehari - Hanya 2 jam sahaja, jika terlebih pun akan mendatangkan kesan seperti leka & ketagih
 gajet-gajet

2 hala - Pastikan mempunyai unsur interaktif, di mana anak-anak mendapat manfaat, atau mempelajari sesuatu darinya

2 pihak - Paling baik, ibu bapa duduk bersama anak-anak, jangan biarkan anak kecil ada tanpa pengawasan menggunakan gajet

Jangan biarkan gajet-gajet tersebut yang menguasai anak anda

p/s: mukmin takkan tgk tv or phone mama dah ek..tggu tahun depan

Jasmin Johan
018 213 4705

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...